like me!!

KebaikanRokok!!!!!!


Pelbagai pendapat dan fatwa telah dikeluarkan dan saya sebahagian antara yang tidak merokok. Jadi, tulisan saya ini untuk diri saya sendiri dan kepada semua yang ingin mengambil manafaat darinya. Terlintas difikiran saya tentang kebaikan merokok. Merokok pun ada kebaikan ke? Mungkin itu persoalan anda, jadi sila bagi pendapat anda tentangnya supaya dapat saya mengetahui dengan lebih tepat dan kongsi bersama.
Kebaikan 1:
Rambut tidak beruban/ putih. Rambutnya sentiasa hitam dan membuatkan perokok menjadi hensem… wow puji lebih2 ke? Sebenarnya, belum sempat rambut putih nyawanya sudah sampai ke penghujung. Sendiri cari susah, sendiri tangggung. Betul ke? Setelah menjadi perokok tegar, pelbagai penyakit datang menemaninya. Kesan daripada itu, selari dengan sampainya ajalnya, maka meninggallah dia dari dunia yang fana ini.
Kebaikan 2:
Kaya orangnya. Wah2… perokok adalah kaya kerana sanggup membakar duit begitu sahaja. Guna duit beli rokok kira bakar duitlah. 1 kotak +/- sekarang RM 10.00. Tegar punya 1 hari 2 kotak maka dah RM 20. Jadi 1 bulan 20 x 30 = RM 600. Perokok tak ada hari cuti. Setiap hari beli… setahun lebih kurang RM 7200. Subhanallah banyaknya duit dia, mungkin ada yang lebih lagi… Itulah kekayaan perokok tetapi duitnya semua dapat kat bos kilang rokok. Semoga kekayaan ini digunakan dengan lebih bermanafaat.
Kebaikan 3:
Menjadi seorang yang baik hati dan pemurah. Kat warung-warung atau dimana-manalah, bila jumpa kawan terus dipelawa rokok. Baru berkenalan, pun dihulurkan rokok. Ini sudah bagus sikapnya. Tak kira kaya atau miskin semua di’offer’nya termasuklah orang yang tidak merokok. Sifat ini jika digunakan pada tempat yang betul seperti derma orang miskin, derma untuk mangsa bencana Alam seluruh dunia dan banyak lagi. Harap sifat bagus itu digunakan pada tempat yang betul.
Kebaikan 4:
Ditakuti anjing dan binatang-binatang seperti orang kuat. Kuat kat maner? Badan mendahului usia, kerana terkena penyakit radang paru-paru yang kronik. Badan tidak lagi sihat dan pakai tongkat untuk berjalan dengan terketar-ketar. Bila jumpa anjing dia boleh guna tongkat untuk pukul atau halau anjing tersebut. Takut anjing tue… Selamat atuk. Adakah berbaloi untuk menjadi perokok tegar?
Kebaikan 5:
Awet muda. Ramai perokok mengidap penyakit kanser mulut. Gigi tanggal  satu persatu dan lama kelamaan tiada gigi macam baby. So, mukanya sentiasa babyface. Muda sangat-sangat. Mula-mula hilang satu, makin muda… hilang lagi satu gigi, makin muda. Perokok tegar yang mengidap kanser mulut akan semakin muda. Ya Allah elamtkanlah suadara-saudaraku daripada bahaya rokok ini.
Itulah 5 kebaikan rokok yang dapat saya kongsikan untuk difikir-fikirkan. Tinggalkan komen anda sebagai pelengkap kepada post ini untuk manafaat bersama. Dibawah disertakan poster2 yang diambil dari pelbagai sumber. Semoga menjadi sumber inspirasi untuk berhenti merokok. Katakan TIDAK kepada rokok
like me!!